Tuesday, September 1, 2015

Menempah Business Card

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera


Hari ni berkesempatan untuk menempah business card untuk kegunaan perniagaan saya. Oleh kerana ketiadaan Bluerock maka terpaksalah saya gigihkan diri menggunakan perkhidmatan awam iaitu bas RapidKL. Untuk mengelakkan dari berhimpit di dalam bas maka saya putuskan untuk keluar pada waktu senggang iaitu pukul 2 petang.

Tempat yang dituju adalah di KL Sentral. Bertempat di level 1 di sebelah KLIA Express depature Hall atau jika susah, ia berada di kawasan yang banyak bank seperti Maybank dan CIMB. Nama kedainya Qprint Station, it was suggested by my friend sebab templates kami sudah sedia ada cuma tinggal tukar nama sahaja. Apa yang boleh dilihat agak ramai juga yang datang untuk menempah di sini, tetapi walau bagaimanapun perkhidmatan mereka agak cepat maka tidak pelu menunggu lama. Selain itu atmosphere di situ agak tenang di mana alunan orang mengaji akan menghiasi kedatangan anda.

Setelah memberi butiran dan jenis kertas yang dikehendaki, saya hanya perlu menunggu selama setengah jam sehingga kad-kad siap diprint. Dari segi harga saya tidak pasti mahal atau tidak kerana ini 1st time saya membuat business card. Untuk kad saya print depan belakang 100 keping, saya dicas RM38. Ini adalah senaraikan harga-harga mereka bergantung jenis-jenis cetakan yang anda minta: RM20, RM23, RM26, RM32 dan RM38.

Waktu operasi mereka Isnin hingga Jumaat 9 pagi - 7 petang. Tutup pula pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Selain itu waktu sembahyang jumaat juga ditutup dari jam 12.30 tengah hari hingga 3 petang.

Anda boleh ke http://www.qprint.my/ untuk maklumat lanjut.


Selamat maju jaya!

-amiliciouswood-

0 comments:

Post a Comment

 

Amie Jual Kek Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates