Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera
Jam di dinding menunjukkan pukul 1.40 pagi, tiba-tiba teringat pula tentang kemalangan yang berlaku bulan lepas. Jadi sebelum saya terlelap, biar saya kongsikan dahulu kejadian yang menimpa saya sekeluarga.
Pada hari raya pertama bertarikh 17 Julai 2015, saya sekeluarga telah ke Klang untuk berhari raya di rumah saudara. dipendekkan cerita, selepas beraya di rumah pertama itu kami merancang untuk melawat makcik saya yang dimasukkan ke wad kerana jangkitan paru-paru. Disebabkan jarak antara rumah pertama tadi dengan hospital iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah tidak tidak berapa jauh jadi kami memutuskan untuk ke sana dahulu takut tidak sempat di lain hari.
Setelah selesai melawat kami pun menuju pulang ke KL. Dalam perjalanan itulah kami ditimpa kemalangan. Kereta kami yang sedang berhenti di lampu isyarat merah tiba-tiba dirempuh lori sekitar 3 tan yang membawa durian. Kereta kami dilanggar di bahagian belakang sebelah kiri selepas lori tersebut merempuh van yang juga berhenti di lampu isyarat merah di sebelah kiri kami. Mungkin pemandu lori itu cuba untuk mengelak van maka sterengnya dipusing ke kanan menuju ke arah kereta kami.
Setelah berbincang, pada mulanya pemandu lori ingin membayar ganti rugi dan selesai di luar. Tetapi memikirkan kos yang bakal saya dan pemandu van tersebut tanggung pasti lebih dari apa yang dia tawarkan jadi kami putuskan untuk membuat report agar dapat membuat tuntutan insurans, dan pastinya ia adalah lebih baik.
Kami membuat laporan polis di balai polis yang betul-betul berada di kawasan kemalangan itu iaitu di Balai Polis Trafik Klang Selatan.
Itulah satu-satunya rumah yang kami beraya pada tahun ini. Semua mood dah berkecai. Otak cuma memikirkan ke mana hendak saya hantar kereta tersebut dan siapa yang boleh membantu. Ini adalah pengalaman pertama sebab itu saya 'clueless'.
Kalau saya rajin mungkin saya akan sambung entri ini ok.. :)
Di bawah saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat diambil pada hari kejadian.
Selamat maju jaya!
-amieliciouswood-