Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera
Saya ingin berkongsikan kepada anda di mana tempat yang selalu saya pergi untuk mendapatkan bekalan dan keperluan barangan kek saya.
Bagi barangan yang mudah didapati seperti telur, gula atau tepung saya akan ke pasaraya seperti Aeon Big yang terletak tidak jauh dari taman perumahan saya ini atau jika terlalu malas, saya akan ke kedai runcit di bawah rumah sahaja.
Bagi barangan yang sukar diperoleh di kedai atau pasaraya, saya akan ke pusat yang betul-betul membekal barangan kek dan pastri. Di bawah adalah pusat-pusat yang selalu saya kunjungi memandangkan ia adalah yang terdekat bagi saya yang tinggal di Pantai Dalam atau mereka yang tinggal di Kuala Lumpur.
1. Bake with Yen (Chow Kit - Jalan Raja Laut)
Lokasi: 29 & 33, Lorong Haji Taib satu, 50350 Kuala Lumpur.
Waktu Operasi: Isnin - Sabtu (9 pagi - 6 petang)
Website: http://bakewithyen.my/shop/shop-locations/
2. Bagus (Puchong Kinrara)
Lokasi: No 27-31, Jalan TPK 2/8, Taman Perindustrian Kinrara, Seksyen 2, 47180 Puchong, Selangor.
Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi - 7 malam)
Website: http://bagus.com.my/site/index.php?cat=29&menu_group=1
3. Yumi Bakery (Setapak)
Lokasi: blok D-01-06, Star Parc Point Commercial, Jln Genting Kelang, Setapak 53300 KL.
Waktu Operasi: Setiap hari (9.30 pagi - 7.30 malam)
Website: http: //www.yumibakerysupply.com/
Walau bagaimanapun jika barangan yang dikehendaki tiada, saya akan ke outlets mereka yang lain seperti di Damansara atau jika saya terlebih rajin, saya akan ke Yummie bakery yang beralamat di:
25-G-01, 26-G-01 & 27-G-01, jalan Medan PB2, Pusat Bandar Baru Bangi, Seksyen 9, 43650, bandar Baru Bangi, selangor.
Jika terdapat pusat pembekal yang lain di kawasan Kuala Lumpur, sudi-sudikanlah berkongsi dengan saya ya.
Selamat maju jaya!
-amieliciouswood-
0 comments:
Post a Comment