Sunday, September 6, 2015

Lepak di Starbuck

Assalamualaikum
Salam sejahtera



Lepak minum-minum sambil bincang-bincang kosong dengan arel (baju merah) dan rakan-rakan baru. lepak di Nexus, bangsar South. Jalan kaki je dari rumah saya.

Open House Post Syawal

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera


Semalam iaitu 5 September saya telah singgah ke kediaman En.Hans (kanan sekali) dan temannya amie di Pantai Panorama kampung Kerinchi. Bertemakan pop sempat juga saya dapatkan baju yang tak pasti tema pop tu macam mana. haha.. Menurut tuan rumah mereka mengadakan majlis potluck ini kerana tidak sempat membuat open house raya pada Syawal yg lepas.

Untuk potluck ini, saya bawa 3 jenis dessert, choc tart with choc custart, brownies dan kek puding pelangi. dari response yang diberi amatlah menyenangkan telinga ni yang mendengar.. hihi. Tapi apa pun tak sempat juga saya mengambil gambar ke tiga-tiga dessert tersebut.

Saya pergi bersama Ardly dan Abg Man.

Balik dari rumah terseput kami singgah sebentar di Mangochilli di bangsar South untuk minum petang.


Selamat maju jaya

-amiebaker-

Tuesday, September 1, 2015

Menempah Business Card

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera


Hari ni berkesempatan untuk menempah business card untuk kegunaan perniagaan saya. Oleh kerana ketiadaan Bluerock maka terpaksalah saya gigihkan diri menggunakan perkhidmatan awam iaitu bas RapidKL. Untuk mengelakkan dari berhimpit di dalam bas maka saya putuskan untuk keluar pada waktu senggang iaitu pukul 2 petang.

Tempat yang dituju adalah di KL Sentral. Bertempat di level 1 di sebelah KLIA Express depature Hall atau jika susah, ia berada di kawasan yang banyak bank seperti Maybank dan CIMB. Nama kedainya Qprint Station, it was suggested by my friend sebab templates kami sudah sedia ada cuma tinggal tukar nama sahaja. Apa yang boleh dilihat agak ramai juga yang datang untuk menempah di sini, tetapi walau bagaimanapun perkhidmatan mereka agak cepat maka tidak pelu menunggu lama. Selain itu atmosphere di situ agak tenang di mana alunan orang mengaji akan menghiasi kedatangan anda.

Setelah memberi butiran dan jenis kertas yang dikehendaki, saya hanya perlu menunggu selama setengah jam sehingga kad-kad siap diprint. Dari segi harga saya tidak pasti mahal atau tidak kerana ini 1st time saya membuat business card. Untuk kad saya print depan belakang 100 keping, saya dicas RM38. Ini adalah senaraikan harga-harga mereka bergantung jenis-jenis cetakan yang anda minta: RM20, RM23, RM26, RM32 dan RM38.

Waktu operasi mereka Isnin hingga Jumaat 9 pagi - 7 petang. Tutup pula pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum. Selain itu waktu sembahyang jumaat juga ditutup dari jam 12.30 tengah hari hingga 3 petang.

Anda boleh ke http://www.qprint.my/ untuk maklumat lanjut.


Selamat maju jaya!

-amiliciouswood-

Sunday, August 30, 2015

Tragedi di Hari Raya

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera



Jam di dinding menunjukkan pukul 1.40 pagi, tiba-tiba teringat pula tentang kemalangan yang berlaku bulan lepas. Jadi sebelum saya terlelap, biar saya kongsikan dahulu kejadian yang menimpa saya sekeluarga.

Pada hari raya pertama bertarikh 17 Julai 2015, saya sekeluarga telah ke Klang untuk berhari raya di rumah saudara. dipendekkan cerita, selepas beraya di rumah pertama itu kami merancang untuk melawat makcik saya yang dimasukkan ke wad kerana jangkitan paru-paru. Disebabkan jarak antara rumah pertama tadi dengan hospital iaitu Hospital Tengku Ampuan Rahimah tidak tidak berapa jauh jadi kami memutuskan untuk ke sana dahulu takut tidak sempat di lain hari.

Setelah selesai melawat kami pun menuju pulang ke KL. Dalam perjalanan itulah kami ditimpa kemalangan. Kereta kami yang sedang berhenti di lampu isyarat merah tiba-tiba dirempuh lori sekitar 3 tan yang membawa durian. Kereta kami dilanggar di bahagian belakang sebelah kiri selepas lori tersebut merempuh van yang juga berhenti di lampu isyarat merah di sebelah kiri kami. Mungkin pemandu lori itu cuba untuk mengelak van maka sterengnya dipusing ke kanan menuju ke arah kereta kami.

Setelah berbincang, pada mulanya pemandu lori ingin membayar ganti rugi dan selesai di luar. Tetapi memikirkan kos yang bakal saya dan pemandu van tersebut tanggung pasti lebih dari apa yang dia tawarkan jadi kami putuskan untuk membuat report agar dapat membuat tuntutan insurans, dan pastinya ia adalah lebih baik.

Kami membuat laporan polis di balai polis yang betul-betul berada di kawasan kemalangan itu iaitu di Balai Polis Trafik Klang Selatan.

Itulah satu-satunya rumah yang kami beraya pada tahun ini. Semua mood dah berkecai. Otak cuma memikirkan ke mana hendak saya hantar kereta tersebut dan siapa yang boleh membantu. Ini adalah pengalaman pertama sebab itu saya 'clueless'.

Kalau saya rajin mungkin saya akan sambung entri ini ok.. :)

Di bawah saya sertakan beberapa keping gambar yang sempat diambil pada hari kejadian.





Selamat maju jaya!

-amieliciouswood-

Kedai Pembekal Barangan Kek

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera



Saya ingin berkongsikan kepada anda di mana tempat yang selalu saya pergi untuk mendapatkan bekalan dan keperluan barangan kek saya.

Bagi barangan yang mudah didapati seperti telur, gula atau tepung saya akan ke pasaraya seperti Aeon Big yang terletak tidak jauh dari taman perumahan saya ini atau jika terlalu malas, saya akan ke kedai runcit di bawah rumah sahaja.

Bagi barangan yang sukar diperoleh di kedai atau pasaraya, saya akan ke pusat yang betul-betul membekal barangan kek dan pastri. Di bawah adalah pusat-pusat yang selalu saya kunjungi memandangkan ia adalah yang terdekat bagi saya yang tinggal di Pantai Dalam atau mereka yang tinggal di Kuala Lumpur.

1. Bake with Yen (Chow Kit - Jalan Raja Laut)
    Lokasi: 29 & 33, Lorong Haji Taib satu, 50350 Kuala Lumpur.
    Waktu Operasi: Isnin - Sabtu (9 pagi - 6 petang)
    Website: http://bakewithyen.my/shop/shop-locations/

2. Bagus (Puchong Kinrara)
    Lokasi: No 27-31, Jalan TPK 2/8, Taman Perindustrian Kinrara, Seksyen 2, 47180 Puchong, Selangor.
    Waktu Operasi: Setiap hari (9 pagi - 7 malam)
    Website: http://bagus.com.my/site/index.php?cat=29&menu_group=1

3. Yumi Bakery (Setapak)
    Lokasi: blok D-01-06, Star Parc Point Commercial, Jln Genting Kelang, Setapak 53300 KL.
    Waktu Operasi: Setiap hari (9.30 pagi - 7.30 malam)
    Website: http: //www.yumibakerysupply.com/

Walau bagaimanapun jika barangan yang dikehendaki tiada, saya akan ke outlets mereka yang lain seperti di Damansara atau jika saya terlebih rajin, saya akan ke Yummie bakery yang beralamat di:
25-G-01, 26-G-01 & 27-G-01, jalan Medan PB2, Pusat Bandar Baru Bangi, Seksyen 9, 43650, bandar Baru Bangi, selangor.

Jika terdapat pusat pembekal yang lain di kawasan Kuala Lumpur, sudi-sudikanlah berkongsi dengan saya ya.


Selamat maju jaya!

-amieliciouswood-

Sukatan Cawan Kepada Gram

Assalamualaikum wbt
Salam sejahtera



Ini adalah entry pertama saya di dalam blog ini. Untuk entry ini, saya ingin kongsikan sukatan dalam ukuran cawan yang ingin ditukarkan kepada ukuran gram untuk pekongsian bersama.

Saya pasti anda selalu was-was untuk menentukan sukatan untuk adunan resepi yang ditemui di dalam internet atau buku yang hanya menyatakan jumlah cawan untuk setiap bahan. Tambahan pula mereka yang tidak mempunyai cawan penyukat khas pasti lebih sukar.

Meskipun begitu, sekiranya anda memiliki penyukat khas, ia tidak semestinya sama seperti ukuran yang diberi. Ini kerana terdapat perbezaan saiz penyukat bagi negara-negara tertentu.

Di sini saya senaraikan bahan-bahan yang biasa kita gunakan ketika membuat kek dan sukatan-sukatannya. Sekiranya anda memperoleh resepi dari US ada baiknya anda ikut ukuran mereka dan sekiranya dinyatakan menggunakan sukatan metric anda boleh la merujuk sukatan metric di bawah. Walau bagaimanapun ia bergantung pada anda yang mana lebih memudahkan. :)


Tepung

US Cup
(gram)
Metric Cup
(gram)
1/4 cawan
30
33
1/2 cawan
63
66
3/4 cawan
94
99
1 cawan
125
132

Gula kastor

US Cup
(gram)
Metric Cup
(gram)
1/4 cawan
56
59
1/2 cawan
113
119
3/4 cawan
169
178
1 cawan
225
238

Gula Perang

US Cup
(gram)
Metric Cup
(gram)
1/4 cawan
50
53
1/2 cawan
100
106
3/4 cawan
150
159
1 cawan
200
211

Mentega

US Cup
(gram)
Metric Cup
(gram)
1/4 cawan
57
60
1/2 cawan
113
120
3/4 cawan
170
180
1 cawan
227
240

Minyak Masak

US Cup
(gram)
Metric Cup
(gram)
1/4 cawan
56
59
1/2 cawan
113
120
3/4 cawan
112
118
1 cawan
223
236

Cecair

US Cup
(ml)
Metric Cup
(ml)
1/4 cawan
59
50
1/2 cawan
118
125
3/4 cawan
177
180
1 cawan
235
250

Serbuk Koko

US Cup
(gram)
Metric Cup
(gram)
1/4 cawan
30
31
1/2 cawan
59
62
3/4 cawan
89
94
1 cawan
118
125


Selamat maju jaya!

-amieliciouswood-

Thursday, August 27, 2015

Tempahan Kek dan Dessert


  1. Chocolate Sandwich Cake
  2. Rich Chocolate Cake
  3. Red Velvet
  4. Fudge Brownies
  5. Congo Bars
  6. Kek Karamel Pelangi
Untuk tempahan dan Harga boleh whatsapp: 019-6637725





Selamat maju jaya!

-amieliciouswood-

 

Amie Jual Kek Template by Ipietoon Cute Blog Design

Blogger Templates